tag:blogger.com,1999:blog-85925997427974021232023-11-15T06:18:58.776-08:00SECANGKIR METAFORA Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.comBlogger44125tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-54531857618048471332015-09-10T08:32:00.002-07:002015-09-10T08:32:57.339-07:00BANYAKKAN ZIKRULLAH

Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berzikir

"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (mengingat dan menyebut Nama) Allah dengan zikir yang banyak. Dan bertasbihlah (menyucikan Nama) Nya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab, ayat 41-42

Dan, Allah SWT Yang Maha Penyayang tidak meninggalkan perintah itu sebegitu sahaja tanpa membimbing hamba-hamba-Nya mengenai tatacara untuk berzikir kepada-Nya.

"Dan ingatlah (zikir) Tuhan-mu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak menguatkan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang lalai."
Al-A'raf, ayat 205

Banyakkanlah zikrullah...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-53620126062168414992015-08-15T20:14:00.001-07:002015-08-15T20:14:13.866-07:00PERBEZAAN IDEOLOGIApa yang dapat saya lihat dari pemerhatian yang kerdil ini adalah salah faham yang berlaku disebabkan latar pendidikan yang berbeza. Untuk kecilkan skop perbincangan, ia adalah berkaitan pendidikan kaedah tradisional dan kaedah moden.

Mungkin, sebilangan pelajar yang terdidik secara kaedah tradisional akan lebih cenderung untuk hanya menerima segala ajaran guru tanpa banyak bertanya. Fikiran mereka dipasakkan dengan ungkapan "Jika banyak bertanya maka lemahlah imannya.". Maka, para pelajar pun takut untuk bertanya kerana bimbang iman mereka akan lemah dan guru pula bebas untuk menyampaikan ilmu tanpa seberang pertikaian dan kritikan ilmiah oleh para pelajarnya.

Akhirnya, yang wujud hasil didikan sebegini selain memandulkan fikiran pelajar, ialah hanya melahirkan golongan pentaksub yang mana masing-masing pelajar taksub kepada gurunya yang dianggap maksum sehingga mengkafirkan segolongan yang lainnya yang mengkritik kesalahan guru mereka. Akhirnya, wujud perpecahaan dalam kalangan masyarakat dan umat Islam akan semakin lemah serta mudah untuk dihancurkan.

Hal sebegini sangat memudaratkan umat dan agama itu sendiri apabila keluasan agama ini dilihat dengan hanya melalui satu skop kecil dan melampau. Sedangkan, fiqh dalam Islam ini sangat luas dan ruang untuk bertoleransi antara semua mazhab dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu ada dan memelihara keharmonian kepelbagaian dan meraikan perbezaan dalam masalah ranting.

Golongan kedua yang hendak dibahaskan dalam artikel ini ialah golongan para pelajar yang dididik secara kaedah moden. Secara mudahnya, melalui pendidikan di universiti yang terdedah dengan pelbagai diskusi ilmiah dan perbahasan pandangan atau dalil yang menjadi pegangan mazhab-mazhab tertentu. Mereka ini terdedah kepada perbezaan pandangan mazhab, bahkan guru mereka juga boleh dikritik (dengan hormat).

Golongan ini dididik, diasuh, diajar untuk bertanya. Mereka digalakkan untuk mengemukakan soalan. Bahkan, jika tiada soalan, maka guru mereka akan beranggapan bahawa mereka belum benar-benar faham mengenai ilmu yang sedang dibentangkan dihadapan mata mereka.

Maka, lahir satu golongan yang sangat banyak bertanya dan akan terus bertanya dan bertanya walau dimana sahaja mereka berada; "Dari mana datangnya dalil tersebut?", "Mengapa tuan mendakwa sebegini sedangkan dalilnya menyebut begini?", "Mengapa tuan memilih pandangan mazhab ini?"

Mereka ini menyeru firman Allah azza wa jalla, ".... Maka bertanyalah kepada orang-orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." [An-Nahl:43] dan ".... Maka bertanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui." [Al-Anbia':7]

Dalam dunia globalisasi yang tanpa sempadan ini, semua golongan masyarakat akan senantiasa dihubungkan melalui rangkaian tanpa batas sempadan geografi. Malah, tiada mana-mana golongan yang dapat bersembunyi untuk selama-lamanya tanpa terdedah atau dihubungkan antara satu sama lain. Hal ini, termasuklah dua golongan yang saya bicarakan sebentar tadi. Mereka akan dihubungkan dan akan bertemu dalam satu masa tertentu, ditempat tertentu.

Maka, tatkala mereka berhubung dalam arus putaran dunia ini, akan berbicalah mereka antara satu sama lain dan akan tersiratlah segala persamaan dan perbezaan. Dan ketahuilah bahawa perbezaan yang timbul ketika itu adalah hasil latar, kaedah, dan kefahaman yang berbeza antara kedua-duanya.

Persoalannya, bagaimana untuk kita mengendalikan perbezaan ini....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-57706012696387767222015-07-01T03:50:00.001-07:002015-07-01T03:50:18.511-07:00UJIAN RAMADHAN 1436 HSebenarnya terasa agak lama aku tidak menulis. Hehee

Agak sibuk kebelakangan ni...

Khabarnya harga minyak naik lagi. Selain terbeli karipap inti oksigen, kenaikan harga minyak juga dilihat sebagai ujian yang menguji kesabaran.

Mungkin ini adalah strategi terbaik untuk menekan rakyat kerana dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini, rakyat tidak dapat berkata-kata kerana enggan pahalanya berkurangan.

Di satu sudut yang lain, aku harap bapak-bapak menteri sedar, disebalik mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati, bahawa dalam bulan ini, doa sangat dimustajabkan. Bahkan, doa orang-orang yang dizalimi tidak ada hijab diantaranya dengan Tuhan-nya.

Tunggulah doa seorang hamba yang berpuasa, yang dizalimi, apabila dia mula mengadu kepada Tuhan-nya pada Lailatul Qadr.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-77730334635732695782015-06-06T06:11:00.003-07:002015-06-06T06:11:39.761-07:00HAFAL FORMULASeperti biasa, student engineering memang dipadatkan dengan pelbagai test, assignment, lab report, presentation, quiz dan sebagainya.

Dan seperti biasa, formula yang perlu diaplikasikan sewaktu test sudah tentu yang pelik dan panjang. Pendek kata, sukar untuk diingati. Itu belum lagi method-method yang perlu diketahui dan difahami secara teori agar bersesuaian pula dengan formula yang hendak dipraktikkan.

Aku bertanya kepada seorang rakan sekelas aku, seorang yang berbangsa Cina dan bukan Islam, sebab dia antara orang yang paling mantop dalam kelas, apa teknik dia guna untuk hafal formula.

Katanya, "You hafal Quran kan?"

"Ya.... Tapi tak lah semua. Surah yang pendek-pendek saja."

"Tak kesah laa...janji you ada hafal juga. Kalau you boleh hafal Quran, mesti you boleh hafal formula ini..."

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-9742518305281119182015-05-31T18:22:00.001-07:002015-05-31T18:24:59.439-07:00BERJIWA RAKYAT?

Sebagai seorang student engineering, adalah sangat bosan jika terlalu asyik dengan nombor dan formula dan method tertentu.

Seperti manusia normal, aku juga perlukan hiburan. Lalu aku membelek akhbar-akhbar perdana dan menonton YouTube buat mendengar pouchline bapa-bapa menteri kita. Seringkali mereka gagal memenangi hati aku untuk ketawa.

Setiap kali berbicara, mereka berkata ini untuk rakyat, buat kemaslahatan rakyat! Mereka melaungkannya tanpa segan silu. Bahkan tanpa teragak-agak.

Alahngkah jijiknya seorang yang bergelar Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Perdana Menteri, Sultan atau Raja, yang menjamah setiap juadah mewah hasil peruntukan harta negara yang dikutip dari titik peluh dan keringat rakyat yang kesusahan.

Ketika anak-anak hendak ke sekolah, ketika anak kecil pula menangis kelaparan, ketika dapur lama tidak berasap, si bapa membilang setiap sen syiling yang disimpannya buat perbelanjaan, hasil membanting tulang meneguk rahmat rezeki yang halal.

Setiap kali harga petrol naik, setiap kali harga air dan elektrik naik, setiap kali harga barang-barang keperluan harian naik, setiap kali itu juga ibu dan bapa termenung berfikir untuk mencari kerja sampingan buat menambah pendapatan yang tidak kunjung jua mencukupi.

Namun, orang-orang besar kita masih mendabit dada tanpa rasa malu. Kata mereka, "Kami akan tetap berkhidmat untuk rakyat!" Rasuah tetap menjadi amalan. Ketirisan masih tetap dilaporkan. Mengapakah mereka begitu mudah bergelumang dengan rasuah dan sanggup mengkhianati amanah?

Ya, mereka berkhidmat untuk rakyat. Tetapi hanya ketika hari mengundi. Mereka datang meredah tanah berlumpur yang menjadi lantai rumah rakyat, mereka berpanas dan berhujan yang menjadi atap rumah rakyat, memegang penyapu mengemas rumah rakyat dan mendukung anak rakyat untuk beberapa saat buat wartawan mengambil gambar untuk dimuatkan dalam akhbar, dan mereka menyalak "Kami pemimpin berjiwa rakyat!"

Alangkah keji dan zalimnya!

Tatkala mereka berhibur dengan K-pop dan sebagainya, keluar pula bercuti diluar negara dan berbelanja besar, apakah mereka tidak berotak untuk berfikir kesusahan rakyat berjimat-cermat?

Rakyat yang tiada pilihan terpaksa membuang undian. Entah kemana nasib rakyat hendak diadukan, hanya kepada Allah azza wa jalla menjadi tempat rintihan.

Aku masih ketawa disaat menulis artikel ini.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-52273639929623001282015-05-31T00:14:00.002-07:002015-05-31T00:16:37.630-07:00MARI BERBISNESKita semua tahu, dan hal ini juga seringkali diungkit oleh ahli-ahli MLM, iaitu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW.

Seperti biasa mereka akan menghasud dan memaksa kita untuk menjadi downline mereka. Sedangkan dalam agama pun tiada paksaan untuk orang-orang kafir memeluk Islam, inikan pula MLM.

Suatu ketika dulu, kawan sekelas aku pernah join MLM ni. Dia minta aku pinjamkan duit kepadanya. Sebagai kawan, aku bagi. Akhirnya aku dapat tahu yang dia join MLM dan berhenti belajar. Dia bawa aku berjumpa dengan upline dia. Sebagai orang yang tidak berminat dengan hal ehwal MLM ni, aku dicemuh, dihina dan dikeji oleh upline dia. Apakes?

Sebenarnya, dunia perniagaan ini luas. Bukan skim cepat kaya sahaja yang menjanjikan pulangan lumayan kepada orang yang tamak, tetapi yang lebih menguntungkan adalah dengan menjual agama.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-12086967742023939602015-05-30T06:35:00.000-07:002015-05-30T06:35:13.496-07:00AKU MALU...

Aku malu apabila dipuji

kerana hanya diriku

yang tahu keaiban yang telah ditutup

oleh Sang Pengasih dan Penyayang.

Aku malu dengan kanak-kanak

kerana dosanya

adalah jauh lebih sedikit

jika dibandingkan dengan diriku.

Aku malu dengan orang-orang tua

kerana amalannya

adalah jauh lebih banyak

jika dibandingkan dengan diriku.

Aku malu ketika menulis

kerana kadang kala

aku hanya mampu menulis

tanpa jua mengamalkan.

Aku malu sewaktu beribadah

kerana ikhlasku

seringkali sukar dibawa hadir

sedang riyak menguasai.

Aku malu menggalas dakwah

kerana yang menerima

nasihat dakwah itu

adalah jauh lebih baik dariku.

Aku malu... Hanya Tuhan Yang Mengetahui

keadaan diri serba daif ini....

Mei 2015

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-59121648249575532802015-05-30T05:42:00.000-07:002015-05-30T05:43:38.784-07:00FAHAMI KONSEPKita bersyukur negara masih aman dan rakyat boleh menunaikan ibadah dengan tenang tanpa peperangan. Namun demikian, kita tidak akan pernah berbangga dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Berbalik dalam persoalan asal.

Setelah berdialog dengan beberapa kelompok fahaman aliran dalam Islam, kita dapat mengesan beberapa salah faham berlaku. Terutamanya berkenaan konsep hukum dalam beribadah.

Pertama, dalam soal yang berhubung kait dengan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, berzikir dan sebagainya, kita perlu memastikan bahawa wujudnya dalil atau nas yang sahih yang membenarkan atau yang memperakui bahawa wujudnya amalan-amalan tersebut dalam Islam.

Sebagai contoh, kita lihat dalam bab berzikir dengan muzik atau berzikir sambil menari. Kita perlu bertanya: "Wujudkah dalil yang membenarkan amalan zikir sebegitu rupa dalam agama yang suci ini?"

Kedua, dalam soal yang berhubung kait dengan kemaslahatan kehidupan seharian seperti menaiki kereta, jenis pakaian yang hendak dipakai, makan dan minum, reka bentuk rumah dan sebagainya, terdapat keluasan dalam Islam.

Sebagai contoh, jika kita hendak membeli kereta MyVi. Kita perlu bertanya terlebih dahulu: "Wujudkah dalil yang mengharamkannya?"

Kita perlu fahami konsep mudah ini terlebih dahulu. Kemudian kita akan faham berkenaan ibadah dalam Islam.

Ya, aku sedar yang perenggan pertama tak ada kena mengena dengan perbincangan. huhu

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-73674839588205242292015-05-28T00:33:00.002-07:002015-05-28T00:33:50.565-07:00ADILIslam adalah agama yang mempromosikan keadilan. Semua urusan yang membabitkan ibadah dan kehidupan seharian, mestilah berlandaskan keadilan. Demikian juga ketika hendak meletakkan sesuatu hukum, ia mestilah adil.

Secara mudahnya, adil adalah meletakkan sesuatu bersesuaian pada tempatnya.

Keadilan, tidak diukur dengan logik setara. Sekalipun ada parti politik yang menamakan dirinya sebagai keadilan, ia tidaklah menjamin parti tersebut benar-benar adil.

Islam meletakkan garis panduan dalam memanifestasikan kalimah adil yang hakiki, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Sehingga dalam bab yang paling mudah, iaitu saf solat, Islam memberi kebebasan hak kepada semua manusia tanpa mengira darjat, harta dan warna kulit mahupun keturunan atau resam budaya, untuk berada pada saf pertama.

Malangnya, hari ini kita lihat, solat yang sepatutnya menjadi amalan ritual membesar, mengagungkan dan mensucikan Allah azza wa jalla, akhirnya menjadi majlis yang membesarkan sang raja atau sultan atau VVIP tertentu, dengan menafikan hak orang yang datang lebih awal untuk berada di saf pertama.

Itu point dia!Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-60396887073971957372015-05-28T00:19:00.001-07:002015-05-28T00:19:32.598-07:00ISU DITUTUPI ISUSetelah berhari-hari Akhbar Utusan mengangkat Kesesatan Tareqat sebagai judul utamanya. Dan disepanjang hari-hari itu juga, media sosial menjadi hangat dengan pelbagai perdebatan antara pro Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dan pro Tareqat.

Utusan dilihat sangat berjaya merungkai satu per satu kesesatan Tareqat tersebut yang diketuai oleh, antaranya. Habib Umar yang mendakwa dirinya membeliakkan mata kerana ternampak kehadiran Nabi SAW.

Geng-geng Habib seperti cacing kepanasan dengan atmosfera sebegini setelah ratusan ribu wang dibazirkan untuk acara zikir mereka yang pernah dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia. Malah, Bapak-bapak Menteri, yang malas mengkaji agama sendiri, turut hadir.

Kejahilan sebegini sebenarnya berpunca daripada sikap malas mengkaji orang-orang Islam sendiri yang dicampur ketaksuban dan sombong.

Lantaran itu, isu GST dan skandal 1MDB kelihatan agak suam-suam kuku. Sekali lagi, ini satu kejayaan buat akhbar perdana berkenaan membela si politikus yang rakus dan mentikus.

Isu ditutup dengan isu yang lain dengan tujuan tertentu. Ini teknik biasa dalam dunia media massa!

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-82319011759209845232015-05-22T05:46:00.000-07:002015-05-22T05:47:12.475-07:00IKHLAS BERDOAAllah azza wa jalla berfirman:

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." [al-A'raf:55]

Daripada Abu Musa al-Asy'ariy RA katanya:

"Kami dahulu pernah bersama dengan Nabi SAW (dalam suatu permusafiran). Orang ramai bertakbir dengan kuat. Lalu Nabi SAW bersabda:

"Wahai sekalian orang, kasihanilah diri kamu sendiri, sesungguhnya kamu semua bukan memohon kepada zat yang pekak dan jauh, sebaliknya kamu semua berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, Dia bersama dengan kamu semua." [HR Bukhari]

Ketahuilah bahawa memperlahan dan menyembunyikan suara ketika berdoa termasuk dalam adab dan perbuatan mengagungkan Allah azza wa jalla. Sungguh, ia lebih bersesuaian dengan sifat khusyu' dan lebih hampir kepada ikhlas.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-64684249544277121752015-05-21T07:16:00.000-07:002015-05-21T07:16:09.644-07:00RENDAH DIRIDalam hidup ini, seringkali orang yang merendah diri akan diangkat dan dipuji kerana sikapnya yang murni.

Sebaliknya, orang yang gemar meninggi diri kelak akan dicemuh dan dibenci.

Hal sebegini secara tidak sedar telah pun diterapkan dan dididik oleh Islam melalui ibadah doa keatas umatnya.

Secara zahirnya kita hanya melihat kedua tangan menadah ke langit untuk berdoa agar kepentingan diri dipenuhi.

Sebenarnya, jauh dari itu, doa adalah ibadah yang menundukkan perasaan manusia untuk menikmati suatu sudut nurani yang paling dalam antara hubungan seorang hamba dengan Sang Pencipta-nya.

Disaat kedua tangan ditadahkan ke langit, dapatkah kita bayangkan apa yang ada dalam hati seorang hamba yang memanggil Tuhan-nya?

Disitu terbitnya harapan, pergantungan, pemurnian aqidah, tawadhuk, raja' dan tawakal.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-4246091730321477982015-05-19T03:51:00.001-07:002015-05-19T03:51:17.110-07:00KEJUTAN DEMI KEJUTANGempa bumi yang berlaku di Nepal sangat mengejutkan kita. Ribuan rakyatnya terkorban dan menjadi mangsa. Kerajaan mereka yang dikatakan lambat bertindak untuk menghulurkan bantuan sangat membangkitkan kemarahan rakyatnya.

Kemudian, krisis Rohingya muncul tanpa sesiapa dalam kalangan negara anggota ASEAN yang sudi membantu melainkan Aceh yang dilihat prihatin. Ini bukanlah soal geopolitik ASEAN, ini soal maruah agama. Saudara Islam kita sedang dibunuh disana deangan kejam dan Myanmar masih berpendirian tegas untuk tidak hadir mesyuarat serantau seandainya krisis Rohingya didiskusikan.

Sewajarnya, sebagaimana kita membantu Gaza demikian juga kepada Rohingya. Mengapa perlu double standard? Adakah kerana wanita Gaza hidungnya lebih mancung?

Di Mesir, kita dikejutkan dengan hukuman bunuh terhadap Dr. Morsi yang telah digulingkan dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang menetap di Qatar serta beberapa individu Ikhwan.

Mengapakah setiap kali kita mendegar berita, sering saja ada sesuatu yang mengejutkan tentang betapa lunturnya nilai kemanusiaan hari ini?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-75099400864284867082015-05-19T03:40:00.003-07:002015-05-19T03:40:38.586-07:00PUTIHPasaran produk kecantikan seringkali mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Terutama kaum wanita.

Malah, mereka sanggup berbelanja besar dan menderita untuk mendapatkan kecantikan yang didambakan.

Ramai pengusaha dalam sektor ini meraih keuntungan berganda dan menjadi jutawan.

Maka disebabkan itu, ramai juga pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menipu pengguna demi melariskan produknya dan meningkatkan jualannya.

Ya, kita sedar bahawa bukan sahaja skandal 1MDB yang panas ketika ini, cuaca juga sedemikian. Untuk menjaga kulit daripada terkesan oleh sinaran matahari, ramai pengusaha mengeluarkan produk untuk mencantikan dan memutihkan kulit dengan pelbagai jenama dan bentuknya.

Seakan-akan menjadi satu fenomena di Malaysia, semua orang yang ingin menjadi putih telah menjadikan produk jenis ini terlaris dipasaran. Ini bukan soal rasis, kenyataannya ramai yang gemar menilai rupa luaran.

Sebenarnya, kita juga memerlukan satu produk yang boleh 'memutihkan' hati.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-51052967370741403612015-05-15T20:19:00.000-07:002015-05-15T20:19:43.204-07:00ROHINGYA

Ketika engkau disembelih
dan dizalimi dengan kejam,
Ketika airmata ratapan meratapi
dan tiada pula yang sudi,
menghulurkan tangan
sebagai potret ketamadunan.

Aku tahu bukan kehendakmu
untuk hijrah, gadai nyawa dilautan
tapi hanya kerana engkau tiada pilihan,
dibelakangmu sang naga
dihadapanmu sang singa.

Dimana hilangnya kemanusiaan,
adakah dibunuh kebinatangan?

Dimana hilangnya maruah umat,
adakah ditelan dek kerakusan?

Dimana hilangnya nilai bersaudara
persisnya muhajirin dan ansar?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-32649060675224132192015-05-15T03:01:00.001-07:002015-05-15T03:01:24.133-07:00KUMAN DISEBERANGSuatu malam yang dingin dan sunyi. Tiba-tiba aku terasa lapar dan perut pun berbunyi.

Dalam curahan hujan lebat itu aku berjalan merentasinya dengan hati yang sabar menuju ke gerai berhampiran. Makanan di gerai ini sedap dan agak murah.

Angin kuat menerpa kearah aku yang sendirian dibawah mega gelita. Suasana semakin sejuk. Apabila aku mendongak ke langit, aku tidak pasti dari mana titik hujan ini mula bersambungan.

Dan sesekali cahaya kilat menerangi perjalananku. Terkenang pula aku pada firman Allah azza wa jalla,

"Kilat itu hampir-hampir menyambar penglihatan mereka. Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) itu dan apabila kembali gelap, mereka berhenti. ...." [al-Baqarah: 20]

Sebaik sahaja aku sampai, aku duduk dengan tenang dan mula membuat pesanan yang diambil oleh anak perempuan tauke kedai.

Aku dengan tauke kedai tu saling mengenali. Sebagai pentaksub pembangkang, dia komen kat aku pasal GST, Hudud, dan diselit sedikit pasal isteri pemimpin tak bertudung.

"Kita ni kena hidup berlandaskan syariat!" Ujarnya sambil menghembuskan asap rokoknya.

Tapi bila aku terpandangkan anak perempuannya yang tidak bertudung, hmmm....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-2210573286480824852015-05-14T03:41:00.002-07:002015-05-22T05:49:17.427-07:00PENULISANSewaktu sekolah dahulu, bila cikgu Bahasa Melayu bagi kerja menulis karangan, aku antara orang yang paling bahagia. Sebab aku memang suka menulis berbanding add math.

Mulanya memang agak sukar untuk menulis.' Ayat-ayat cinta' yang dicantumkan tidak mengena dan tidak betul tatabahasa, tanda bacaan.

Cikgu kata, kita perlu mahir tatabahasa sebelum menulis. Ironinya, aku mengajadi lebih kekok setelah diajar bagaimana untuk menulis berbanding sebelumnya.

Tapi sekarang bila aku dah ada blog nih, ada lagi cikgu BM yang nak pangkah tatabahasa aku? Hehee

Secara teorinya, untuk menulis sememangnya perlu kepada kajian, analisa dan pembacaan yang mendalam. Kita perlu faham subjek yang hendak ditulis sebenar-benarnya agak tidaklah nanti hujah atau point of view yang cuba dikeutarakan dilihat lemah, kabur dan tidak bermaya.

Namun, aku fikir, menulis berdasarkan pengalaman adalah yang terbaik. Kerana ia lebih emperikal, tulen, dan tidak berat sebelah.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-50941497539165878822015-05-12T06:43:00.000-07:002015-05-12T06:43:57.319-07:00LAFAZ CINTAJangan ditanya tentang cintaku,

kerana jika hendak dihitung

tidaklah sedikit dari kerdipan bintang dilangit,

dan jika hendak ditulis

tidaklah sedikit dari tujuh lautan tintanya.

Maka sayangku,

jangan ditanya tentang cintaku...

Cewaaahhhh.... :)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-43678759083522729892015-05-11T17:15:00.001-07:002015-05-11T17:15:28.994-07:00KURNIAAN IMANDalam hidup ini kadang-kadang kita mengeluh.

Mengeluh tentang untung nasib diri di muka bumi ini.

Mengapakah orang yang tidak solat, yang banyak melakukan maksiat,

atau yang kafir, tetap dikurniakan nikmat keatas mereka?

Malah, mereka kelihatan lebih berjaya dan kaya?

Jangan salah sangka. Sebenarnya apa difinisi berjaya dan kaya kepada kita?

Mungkin ada yang berkata,

Dia berjaya memperoleh CGPA 3.85 atau

dia berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri, atau

dia berjaya menjadi billionaire dalam usia yang muda.

Dia pula kaya kerana mempunyai wang berjuta,

berkereta mewah, berumah besar dan gagah.

Ya akhi..... Allah ar-Rahman mengurniakan nikmat kepada setiap hamba-Nya,

membalas dengan adil akan semua yang dikerjakan oleh manusia,

sama ada dia kafir atau pelaku dosa... Allah mambalas mereka dengan nikmat keduniaan.

Harus diingat ya akhi, cahaya iman hanya dikurniakan kepada hamba-Nya yang taat.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-60038413745407650162015-05-11T05:36:00.002-07:002015-05-11T06:40:04.293-07:00PESAN GURUGuruku itu bukanlah sesiapa. Malah tiada yang mengenalnya.

Bukan pula public figure.

Dia juga manusia, yang ada sikapnya tidak aku gemari.

Namun, dialah Abu Imran yang mengajarkan aku tentang manhaj ini.

Yang pada zahir nilaianku, seorang yang zuhud dan ikhlas.

Aku hormati pendiriannya. Hampir setiap kali aku belajar dirumahnya,

sewaktu aku hendak pulang, dia akan berpesan kepadaku,

agar berpegang kepada sunnah dan tidak taksub kepadanya.

Alhamdulillah, aku tetap dengan caraku.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-80234633394406433672015-05-10T03:44:00.002-07:002015-05-10T03:44:34.803-07:00ISLAM ITU SEMPURNAKita mungkin mempunyai ramai ilmuan yang mentafsirkan al-Quran, yang mensyarahkan kitab-kitab, dan yang mengajarkan intipati hadis.

Kita juga mungkin obses mentelaah atau menganalisa sesuatu kitab dan menjadi 'alim kerananya. Semua fatwa-fatwa ulama dihafal dan setiap fiqh yang diketengahkan dapat diperluaskan skop pandangannya.

Malangnya, dalam dunia sebenar, kita gagal memahami teks dan konteks sehingga kadang-kala fatwa yang dikeutarakan menampakkan seolah-olah Islam adalah agama yang zalim dan cacat.

Dalam dunia kejuruteraan, sebelum membina sesuatu infrastruktur, jurutera perlu menganalisa dan mengira tahap kekuatan tanah, konkrit, dan sebagainya menurut standard Eurocode. Jika asasnya tidak kukuh, infrastruktur yang didirikan tidak akan bertahan lama.

Demikian juga soal perlaksanaan, umpamanya, hukum hudud. Sebelum kita melaksanakan sesuatu hukum, hendaklah kita menyediakan wahana yang tepat untuk meletakkan sesuatu hukum tersebut.

Sebagai contoh, kita tidak menyediakan ruang yang memudahkan para pemuda untuk bernikah. Apabila mereka didapati berzina, kita mengenakan hudud keatasnya. Ini adalah sesuatu yang zalim. Agama tidak sedemikian.

Antara lain, kita gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik sehingga sebahagian rakyat tidak dapat mencari rezeki yang halal, lalu dia pun mencuri. Apabila dia ditangkap, kita hendak memotong tangannya. Ini juga tidak adil.

Kita perlulah menyediakan persekitaran yang baik; mendidik aqidah yang tulen kepada rakyat, memahamkan rakyat tentang hudud, memudahkan yang halal dan menutup yang haram.

Jika asas tidak dibina dengan kukuh menurut standard al-Quran dan as-Sunnah, jangan hairan mengapa hudud di kebanyakkan negara Islam akhirnya gagal.

Justeru, adalah sangat penting untuk kita memahami nas dan dalil berdasarkan keadaan tempat dan zaman, bukan hanya menghafal teori dalam kitab.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-44682775851864853312015-05-09T06:13:00.001-07:002015-05-09T06:13:16.152-07:00MUJAHADAHTelah lama aku mendiamkan hati

dari dambaannya keatas dunia

meski akal sedar namun nafsu tetap raja

akhirnya raja tetap penguasa.

Benih tawakal ditanam dan dibajai

namun tidak terlawan akan serangga

rimbunan pohon tinggalnya ranting

suburnya iman ditelan kelalaian.

Rupanya tidak mudah bermujahadah

wajarlah syurga itu sebagai hadiah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-3272147183371964022015-05-09T05:50:00.001-07:002015-05-09T05:50:42.982-07:00MENCARI REDHA ALLAHUntuk memuaskan hati semua pihak adalah seperti menaiki anak-anak tangga ke kaki langit untuk mengutip bintang-bintang yang bertaburan.

Ia adalah mustahil.

Hanya apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengikuti jalan yang benar berdasarkan nas dan dalil yang sahih. Dan, hakikatnya kita sedia maklum bahawa agama ini telah sempurna.

Meskipun sebahagian manusia tidak menyukainya, ia tidak mengapa, asalkan Allah redha.

Hidup ini adalah berkenaan mencari redha Allah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-63665844070873386852015-05-08T09:48:00.001-07:002015-05-08T09:51:07.421-07:00MENONGKAH GLOBALISASIDisepanjang sejarah, kita dapat lihat betapa dahsyatnya kekalutan yang tercetus dalam zaman kita. Kita sering mendakwa bahawa kita adalah manusia moden diabad yang paling gemilang.

Namun, secara umumnya ekonomi kita sudah sarat dengan sistem riba' dan politik kita sudah bersepah dengan rasuah. Pemuda-pemudi kita terlalu terpesona dengan hedonisme. Rakyat bawahan seringkali menjadi mangsa kezaliman. Alam sekitar kita tercemar oleh tangan-tangan manusia durjana. Agama kita diperkotak-katikkan.

Dan kita masih berbangga dengan menulisnya sebagai kegemilangan ketamadunan moden.

Jika duit rakyat bawahan dalam Tabung Haji diusik atau berpuluh billion duit rakyat hilang tanpa jawapan atau hidup menteri bermewah-mewahan atau ringgit jatuh merudum atau terbeban dengan cukai, hakikatnya tidak banyak yang kita boleh lakukan.

Sebenarnya, kita perlu banyak berzikir dan tenangkan hati dengan apa yang sering terjadi. Kita kan rakyat yang taat.........

Allah azza wa jalla memerintahkan kita untuk berzikir dan mengajarkan kita akan kaedah-kaedahnya.

Perintah untuk berzikir, "Dan sebutlah (nama) Rabb-mu ..."

Kaedah-kaedahnya, "... dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara ..."

Waktu untuk berzikir, "... di waktu pagi dan petang ..."

Dan Allah menasihati kita,"... dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."

[al-A'raf : 205]

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8592599742797402123.post-21654065212082611112015-05-07T03:34:00.001-07:002015-05-07T03:50:08.552-07:00BERNIAGA Sewaktu letih dengan pelajaran dahulu, aku bercadang dan merancang bersama rakan-rakan untuk berniaga.

Antara mereka ada yang bertanya, "Berniaga apa yang untung?"

Secara harfiahnya, berniaga sudah tentu ada untung. Cuma kecil atau besar. Tapi tak semestinya untung dalam bentuk wang.

Hari ini, tidak ada siapa yang menyangka bahawa kita boleh berniaga dengan meminjam 42 000 kali ganda modal yang ada. Inilah keajaibannya.

Kita boleh mula berniaga dengan berjinak-jinak dalam bidang hartanah. Untungnya sangat lumayan. Kita pernah mendengar yang Maya Karin untung besar melalui perniagaan dalam bidang ini di London.

Disini, aku ingin kongsikan tips mudah untuk berjaya dan kaya.

Strateginya agak mudah, sewaktu kita membeli tanah, kita perlu menekan sehabis mungkin harga tanah agar kita dapat membelinya dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Namun, sewaktu menjualnya kembali, kita hendaklah setabah mungkin untuk menaikkan harga dan jangan sesekali mengalah apabila diminta discount.

Kalau teringin nak tukar jam tangan baru dan cepat kaya, jual tanah itu kepada Tabung Haji.

Mesti untung besar!

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/00234667468402997916noreply@blogger.com0